Skip to main content

Diploma Teknologi Makmal Perubatan (part 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya~~~

          Oklah, kembalinya Zaty ke medan blog ni (ecewah) adalah disebabkan oleh beberapa soalan yang Zaty terima daripada adik-adik lepasan SPM 2018 melalui instagram baru-baru ni, hehe. Sebenarnya, Zaty dah takde idea pun nak tulis tentang apa kat blog ni tau, tapi dapat idea nak tulis entri baru ni berdasarkan soalan-soalan yang Zaty terima tu ye. Thanks adik-adik yang sudi bertanya dan bagi idea.  Jadi, jom! Kot lah korang yang singgah kat blog Zaty ni pun ada persoalan yang sama kan?



Q:Berapa lama duration study bagi course ni?

A: Kalau ikut silibus masa batch Zaty (2015/16), course ni ambil masa 5 semester sahaja bersamaan 2 tahun setengah. Lepas akak habis study tu, dengar kata nak jadikan 6 sem = 3 tahun sebab nak tambah subjek dalam silibus pembelajaran, tapi yang ni tak tahulah dah diimplementasikan atau tidak.        Setakat batch Zaty dan kohai Zaty, masih 5 sem. 4 semester belajar di kampus, 1 sem lagi latihan klinikal di hospital.


Q: Kalau rabun, diterima untuk course ni atau tidak?

A: Hehe, untuk soalan ni, adik ni tanya sebab dia baca syarat kelayakan ialah 'tiada ketidakupayaan anggota, pertuturan, buta, pekak, bisu, rabun dan tidak buta warna'. Syarat ni based on syarat kelayakan bagi UniSZA, jadi Zaty tak tahu tentang ni. Tapi di UiTM, in shaa Allah ia bukan faktor penting pun. Zaty ni pun rabun ha, alhamdulillah lepas dah study. Dah graduate pun, hehe. Ramai jugak kawan yang rabun, jadi takde hal lah ni.


Q: Kalau ambil diploma mlt, boleh terus sambung degree ke? Nak kena kerja berapa tahun dulu baru boleh mohon degree?

A: Boleh je lepas habis diploma ni awak nak terus apply degree. Takde hal pun. Kalau awak nak terus sambung belajar, tak payah nak kerja dulu pun, boleh terus apply ikut sesi kemasukan yang diuar-uarkan oleh pihak kementerian.


Q: Akak belajar course ni kat mana?

A: Ok, Zaty belajar di UiTM Pulau Pinang, Kampus Bertam. Setakat yang Zaty tahu, memang ditawarkan di UiTM Bertam sahaja, hehe. Satu lagi UA yang tawarkan diploma MLT ni ialah UniSZA, kalau tak silap lah. Selain tu, ada juga kolej swasta yang turut menawarkan course ni seperti Sime Darby College, Nilai University dan lain-lain.


Q: Selalu yang belajar course ni ramai lelaki atau perempuan?

A: Sejujurnya, course yang berkaitan sains dan medikal ni memang majoritinya perempuan, hehe. Masa batch Zaty dulu pun, daripada 70 lebih orang, hanya berbelas orang je lelaki. Itu belum kira batch kohai kitaorang, ada 4 orang je lelaki. Kesian betul, hahaha.


Q: Kalau dari aliran sastera, boleh atau tidak apply course ni?

A: Mengikut pengetahuan Zaty, kalau dari aliran sastera, tiada cara lain untuk ambil course ni melainkan di kolej swasta sahaja sebab swasta tak ambil kira subjek sains tulen dalam syarat kelayakan. Berbeza dengan UA macam UiTM dan lain-lain, memang ambil kira subjek sains tulen untuk sambung belajar course berkaitan sains gituuu. 


Q: Boleh atau tak lepas habis diploma ni, nak sambung degree optometri?

A: Setahu Zaty, selagi jurusan yang awak ingin mohon untuk ijazah berkaitan dengan sains dan teknologi, selagi itu boleh. Akan tetapi, awak perlu rujuk semula syarat kelayakan umum universiti tersebut serta syarat kelayakan khas bagi jurusan tersebut.


Oklah, sebenarnya banyak lagi soalan yang diajukan kepada Zaty. Nanti in shaa Allah dalam entri berikutnya Zaty share ye?

Semoga berjumpa lagi dan selamat berpuasa kepada muslimin sekalian 😘




Comments

  1. Hi akak! boleh tak nak tau total fees utk dip mlt ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak~ Maaflah, akak tak berapa ingat total fees. Seingat akak untuk semester pertama, yuran bawah RM 1000. FYI, yuran UiTM adalah antara yuran termurah juga.

      Delete
  2. Hi akak..nak tanya lepas mlt boleh Tak sambung degree in psychology?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak. Tentang hal tu akak tak sure. Awak boleh semak kelayakan minimum bagi jurusan psychology ye.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak,saya nak tnya pada utk pada masa kini,adakah peluang pekerjaan untuk student diploma ni masih tinggi?Lagi ii musim covid ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ye betul. Kalau ikutkan situasi sekarang banyak peluang kerja sebagai jtmp dibuka lebih lebih lagi dari pihak kkm sendiri.

      Delete
  4. Hai akak blh x nk thu..subjek apa yg akak belajar? And dlm english or bm?

    ReplyDelete
  5. hi akak, susah tak fyp ? buat pasal apa je hehe

    ReplyDelete
  6. Saya sdah tengok kelayakan. Subjek lain mmg pass kelayakan tu kecuali english saya c+😌. Dlm kelayakan tu English mesti B😌. Masihh ada peluang ke utk masuk course ni😭

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM Bertam

  Assalamualaikum & salam sejahtera~ Nak beramah mesra ke? Huhu, tak payahlah kot rasanya. Kita go straight to the point je lah ek. Bertepatan dengan tajuk entri kali ni, ditambah pula dengan adik-adik lepasan SPM 2016 yang baru tahu result UPU, jadi Zaty nak citer serba sedikit lah kan tentang course ni. Kepada adik-adik yang bila tengok result UPU je tertera Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM tu, haa maknanya adik-adik akan belajar tempat yang sama ngan akak,which is,   UiTM Kampus Bertam. Bukan Batam ok, Bertam. Batam kat Indonesia tu kau jangan pergi sana pulak. Bertam ni kat Pulau Pinang. Hewhew. Best tau UiTM Bertam ni, walaupun pada awalnya korang mungkin akan rasa yang kampus ni macam krik krik. Huhu. Definisi teknologi makmal perubatan tu korang boleh cari sendiri lah ek. Encik Google kan ada. Kat sini,   akak nak citer subjek apa yang korang akan belajar, suasana kampus dan kolej kediaman, kemudahan, tahap kesukaran course ni dan pengala

MINGGU DESTINI SISWA (MDS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya~~~ Pertama sekali, kepada sesiapa jua yang membaca entri terbaru ni, marilah kita bersama-sama panjatkan doa agar Malaysia dan seluruh dunia dapat kembali pulih dan bebas daripada wabak CoViD-19 ini secepat mungkin. Aaamiiin~~~ Terima kasih buat adik-adik lepasan SPM yang sudi singgah di blog ini. Zaty harapkan agar melalui penulisan Zaty di sini serba sedikit dapat membantu awak semua mendapatkan maklumat yang dicari. Sebagai makluman, setiap apa yang Zaty tulis adalah berdasarkan pengalaman, bacaan serta carian maklumat yang Zaty peroleh sewaktu ingin memohon jurusan ini. Jadi Zaty harap tidaklah awak semua menerima sepenuhnya maklumat di sini. Sebaliknya, bandingkan info di sini (jika ada info, hahah) dengan info-info di blog lain juga ye? Walau bagaimanapun, jika ada sebarang persoalan berkaitan jurusan ini, awak semua boleh direct message Zaty di instagram Ezzaty Elyeany Yasin ye? No need to follow, just DM . In shaa Allah Za

Diploma Teknologi Makmal Perubatan (part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat awak, awak dan awak yang sudi singgah blog ni. Oklah, pertama sekali Zaty nak minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog ni, hehe. Jadi, untuk entri kali ni Zaty nak share mengenai subjek-subjek yang awak semua akan belajar dalam diploma ni. Sebelum tu Zaty nak bagitahu ni, course Diploma Teknologi Makmal Perubatan yang ditawarkan di UiTM Bertam ni ada 5 semester. Ada ura-ura bahawa course ni akan dijadikan untuk 6 sem (tapi tak pasti akan kesahihannya). Jadi, sehingga batch Zaty dan Kohai kami, memang masih menggunakan system 5 semester. Oklah, back to the point , subjek untuk setiap semester adalah seperti berikut:- SEMESTER 1/PART 1 No. Code Subject 1. ANP105 Anatomy and Physiology 2. CSI101 Medical Laboratory Technology Principles and Practices I 3. CSI102 Histology Techniques 4. CTU101 Prinsip-prinsip Asas Islam 5