Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Diploma Teknologi Makmal Perubatan (part 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya~~~           Oklah, kembalinya Zaty ke medan blog ni (ecewah) adalah disebabkan oleh beberapa soalan yang Zaty terima daripada adik-adik lepasan SPM 2018 melalui instagram baru-baru ni, hehe. Sebenarnya, Zaty dah takde idea pun nak tulis tentang apa kat blog ni tau, tapi dapat idea nak tulis entri baru ni berdasarkan soalan-soalan yang Zaty terima tu ye. Thanks adik-adik yang sudi bertanya dan bagi idea.  Jadi, jom! Kot lah korang yang singgah kat blog Zaty ni pun ada persoalan yang sama kan? Q:Berapa lama duration study bagi course ni? A: Kalau ikut silibus masa batch Zaty (2015/16), course ni ambil masa 5 semester sahaja bersamaan 2 tahun setengah. Lepas akak habis study tu, dengar kata nak jadikan 6 sem = 3 tahun sebab nak tambah subjek dalam silibus pembelajaran, tapi yang ni tak tahulah dah diimplementasikan atau tidak.        Setakat batch Zaty dan kohai Zaty, masih 5 sem. 4 semester belajar di kampus, 1 sem lagi latih