Skip to main content

Kolej Al-Zahrawi UiTM Bertam


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~~~

Terima kasih untuk readers yang sudi singgah di blog ni dan mengikuti setiap entri yang saya tulis, hehe J

Oklah, untuk entri kali ni saya nak share tentang kolej kediaman di UiTM Bertam, ok? Yelah, mesti awak nak tahu kolej kat sana macam mana kan? Meh sini saya bagi sikit info, ok?
                
          Kolej kediaman di UiTM Bertam ni namanya Kolej Al-Zahrawi (sedap kan namanya? Inilah kolej kesayangan kami, hehe). Batch saya (intake 2015/16) ialah batch pertama yang secara rasminya dapat stay di kolej ni, bersama—sama Senpai kami (intake 2014/15). Pada asalnya, super-super Senpai sebelum ni stay di kolej kediaman di UiTM Permatang Pauh. Jadi, mereka akan berulang-alik menggunakan bas UiTM untuk ke kampus Bertam. Kiranya macam awal pagi mereka dah kena tunggu bas di UiTM Permatang Pauh (supaya tak terlambat kalau ada kelas start jam 8 pagi) dan balik semula ke UiTM Permatang Pauh lewat petang. Kiranya masa tu Kampus Bertam sekadar tempat diaorang belajar.

               Memandangkan kami adalah batch pertama diberi peluang merasmikan kolej tu (eceh), maka memang banyak faktor yang kami kena adapt dan masa tu memang agak sukar lah jugak. Ingat lagi masa tu, cuma dua kedai sahaja yang beroperasi di food court. Bayangkan, dengan jumlah students untuk lima course masa tu? Memang tak cukup. Kedai runcit, kedai fotostat, bilik dobi semua tu memang takde lagi. Kebanyakan waktu memang kitaorang pergi berbelanja di Mydin atau Sunshine. Bas Rapid pun takde tau masa tu. Jadi, kalau kami nak ke mana-mana di luar kampus, kami perlu naik prebet atau jalan kaki sahaja (ke Mydin, dalam 1 km macam tu. Takpe, buat keluar peluh sikit kan…). Pada asalnya, cuma siswi sahaja yang stay di kolej ni, bermakna siswa untuk semua course di Bertam perlu ulang-alik macam senior-senior dulu, tetapi bermula saya semester 3 atau 4 macam tu, siswa dah boleh stay di situ jugak. Tak payah dah diaorang nak tunggu bas apa semua tu kan. Yelah, kesian jugak kat diaorang sebab ada yang terlambat ke kelas ( kes tertinggal bas pagi), lambat hadir kalau ada test atau quiz. Memang kesian. Jadi, untuk awak yang baru nak masuk nanti dan dengar kata bakal mendaftar 15 Julai nanti, tak perlu risau, awak semua akan stay di Kolej Al-Zahrawi.

          Kolej Al-Zahrawi ni ada satu blok sahaja dan blok ni terbahagi kepada wing A dan wing B. Kalau tak silap, wing A untuk siswa manakala wing B untuk siswi. Kolej ni berkonsepkan 😢rumah. Satu rumah ada 4 buah bilik,  setiap bilik untuk 2 orang. Jangan risau, bilik air dan tandas semua ada dalam rumah. Terdapat 3 bilik mandi (2 bilik mandi yang ada shower plus tandas, another one hanya shower sahaja). Sinki di bilik air pula memang direka khas untuk kerja-kerja membasuh baju menggunakan tangan (I guess?), sebab bentuk dia menarik dan unik. Hahahah.  Ruang tamu memang luas (boleh untuk korang berguling—guling kalau frust atau stress, huhu), tapi sebaiknya ruang tamu yang luas tu korang gunakan untuk solat berjemaah sesama housemates.  Jangan risau, ada sinki untuk basuh pinggan jugak (ingat, konsep rumah?).

Asyik terangkan je nanti korang tak dapat bayangkan pulak kan? Ok, meh sini saya belanja gambar.

Ha, inilah Kolej al-Zahrawi. Cantik kan? bolehlah korang berangan buat photoshoot  scene macam ni.

 
Tinggi kan? Wing A ada 10 tingkat, wing B 9 tingkat. Jangan risau, ada lif. Kalau tak, jenuh korang kalau dapat tingkat paling atas.

Ini salah satu astaka/ pondok untuk berehat. Jarang-jarang lah Zaty berehat kat sini sebab selalunya terus naik bilik, lebih baik sebab terus jumpa katil, hehehe. Boleh buat study group jugak kat sini.



Ini pulak dalam bilik. Nampak tak tilam tu masih berbalut plastik? Ha, masih baru, masih elok sebab kitaorang pengguna pertama. Hehe. Jangan risau, katil semua jenis katil single, takde double decker ok. Setiap student dapat katil, meja belajar dan almari masing-masing. Jadi, korang kena jaga elok elok tau. Tak mo conteng-conteng dan rosakkan. Kesian nanti kohai-kohai korang nak guna kemudian.  Korang tak payah risau panas ke apa. Kalau balik je kelas korang rasa panas lit-lit tu ha cepat-cepatlah korang berlari pecut balik ke kolej. Berdasarkan pengalaman Zaty, jarang-jarang rasa panas dalam bilik. Kadang-kadang tengah hari pun  boleh berselimut walaupun tak hujan. Kalau hujan lagi lah kan. Berangin Bertam ni.

p/s: Mohon abaikan bantal golek tersebut. Haha.


  Ini pulak bilik air, ada 3 tau, jadi jangan risau nak kena berebut macam asrama tu. Nampak tak pintu kelabu tu? Ha, tu pintu ajaib tau (ok hambar). Pintu tu adalah pintu untuk ke ampaian. Ampaian yang disediakan sebenarnya tak muat tau untuk menampung pakaian 8  orang, so korang kena pandai-pandailah. Ada sesetengah student yang beli ampaian mudah alih tu dan diaorang letakkan di ruang tamu (yang mungkin akan menyebabkan bau-bau yang tidak disenangi dalam rumah), atau boleh jugak korang buat jadual membasuh baju. Untuk pengetahuan, pakaian memang susah nak kering dalam masa sehari sebab pencahayaan tak mencukupi (ni masa belum ada kemudahan bilik dobi).

Inilah dapur kecil korang. Bolehlah kalau korang nak masak mi segera ke apa (guna jug eletrik sahaja) , TETAPI dilarang membawa peralatan memasak tau. Heater/ jug elektrik dibenarkan. Alatan lain macam rak pinggan apa semua tu korang boleh pakat- pakat beli sesama housemates nanti. 

Ini pulak adalah laluan di kolej. Ha, ok lah tu je gambar yang ada dalam simpanan Zaty. Korang yang nak daftar ke sini nanti tak perlu risau sangat pasal kolej kediaman sebab in shaa Allah dijamin selesa. In shaa Allah next entri Zaty bagitau kemudahan-kemudahan yang ada kat kolej, ok?
Thanks sudi luangkan masa baca entri ni. Kalau ada apa-apa soalan, tanya je di ruangan komen, ok?

See ya, assalamualaikum.❤️❤️❤️

Comments

  1. Assalamualaikum kak... saya pun tgh tunggu result spm ni.. minggu dpn kluar���� saya ade tgok kelayakan course ni kat upu pocket.. dia tulis situ xboleh bisu, pekak, kecacatan anggota etc dan rabunn... rabun pun mmg xleh ke kak??

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam awak. Setakat masa batch akak kalau tak silap tak ada pun syarat macam tu. Akak ni pun rabun jauh haaa. Alhamdulillah dah grad pun. Jangan risau, yg penting kena melepasi syarat kelayakan minimum tu. Harap akak dah menjawab persoalan awak ye. Anyway, semoga mendpt keputusan yg cemerlang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum akak nak tanya kalau student nursing,ada uniform ke?😂ke pakai baju kurung

      Delete
    2. Waalaikumussalam, awak~~~hehe, yang tu akak tak tahu lah awak sbb masa akak study situ belum ada course nursing😅

      Delete
    3. Berdasarkan pemerhatian, nursing boleh je pakai baju biasa pegi kelas, tapi ada hari yg korang kena pakai baju uniform utk pegi hospital tak silap saya.

      Delete
    4. Ooo mcm tuu sbb sya dpt course nursing dkt uitm bertam tu hehe..terima kasih 😍

      Delete
  3. Assalamualaikum..akak sye dpt uitm bertam...sye nk tnye kolej Al zahrawi ni dkt ke dgn tmpt belajar..and setiap sem akn stay dkt kolej tu je kn??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes dear. dkt sgt! u nak gerak 10min before class pun still sempat smpai. bcs kawasan kt situ tk besar sgt pun. every department ada 1 blok je. syok tau! 😬

      Delete
    2. Yup dekat je awak. Hehe mmg boleh jalan kaki je dalam kampus 😆

      Delete
  4. Hai, akak saya nak tanya, saya student ot akan masuk new batch ni.. Saya nak tanya pasal kolej, kite akan duduk kolej sampai sem akhir kena buat permohonan tiap sem n kumpul kupon or memang kite diberikan tempat dalam kolej tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak. Akak minta maaf ye sebab baru reply. By the time akak reply ni, awak for sure dah daftar kan.

      Setahu akak, masa batch akak dulu, kami semua mmg confirm stay di kolej sampai habis belajar sbb masa tu mmg tak ramai student lagi dan tak ada course lain selain mlt, envi, pradip, farmasi dan degree bisnes. Kami ttp kena kumpul kupon kolej sebagai syarat sahaja. Untuk batch yg baru baru ni memang akak tak tahu sgt berkaitan sistem kolej. Yg penting awak kena aktif kumpul kupon kolej ye...Hehe

      Delete
  5. salam kak.. nk tnya course mlt ni guna calculator scientific tak? sbb calculator saya hilang so tak sure perlu beli baru ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak. Ada guna tapi jarang-jarang sangat sebab student mlt tak banyak guna formula kecuali utk subjek chemical pathology, itupun masa sem 1 je kalau tak silap akak. Nasihat akak, better ada lah senang sikit nanti takpayah nak pinjam pinjam kan?😉

      Delete
  6. Assalamualaikum...Nak Tanya kak ni. Masa pendaftaran kena pakai baju kurung biasa atau baju kurung putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak. Masa pendaftaran akak dulu, akak pakai baju kurung biasa dan prepare sekali tudung putih utk mds sebab selalunya petang tu dah start minggu orientasi (MDS).

      Delete
  7. Salam kak.sy dpt offer kos ni.sy dari shah alam.nak balik sini macam mane ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awak. Maksud awak dari shah alam ke?

      Delete
  8. Assalamualaikum kak ,nk tnya kat sana ada disediakan water dispenser dgn iron x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awak. Setakat sewaktu akak habis study di situ, water dispenser ada disediakan di blok kuliah. Di kolej kediaman ada disediakan mesin air. Seterika kena bawa sendiri ye hehe.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM Bertam

  Assalamualaikum & salam sejahtera~ Nak beramah mesra ke? Huhu, tak payahlah kot rasanya. Kita go straight to the point je lah ek. Bertepatan dengan tajuk entri kali ni, ditambah pula dengan adik-adik lepasan SPM 2016 yang baru tahu result UPU, jadi Zaty nak citer serba sedikit lah kan tentang course ni. Kepada adik-adik yang bila tengok result UPU je tertera Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM tu, haa maknanya adik-adik akan belajar tempat yang sama ngan akak,which is,   UiTM Kampus Bertam. Bukan Batam ok, Bertam. Batam kat Indonesia tu kau jangan pergi sana pulak. Bertam ni kat Pulau Pinang. Hewhew. Best tau UiTM Bertam ni, walaupun pada awalnya korang mungkin akan rasa yang kampus ni macam krik krik. Huhu. Definisi teknologi makmal perubatan tu korang boleh cari sendiri lah ek. Encik Google kan ada. Kat sini,   akak nak citer subjek apa yang korang akan belajar, suasana kampus dan kolej kediaman, kemudahan, tahap kesukaran course ni dan pengala

MINGGU DESTINI SISWA (MDS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya~~~ Pertama sekali, kepada sesiapa jua yang membaca entri terbaru ni, marilah kita bersama-sama panjatkan doa agar Malaysia dan seluruh dunia dapat kembali pulih dan bebas daripada wabak CoViD-19 ini secepat mungkin. Aaamiiin~~~ Terima kasih buat adik-adik lepasan SPM yang sudi singgah di blog ini. Zaty harapkan agar melalui penulisan Zaty di sini serba sedikit dapat membantu awak semua mendapatkan maklumat yang dicari. Sebagai makluman, setiap apa yang Zaty tulis adalah berdasarkan pengalaman, bacaan serta carian maklumat yang Zaty peroleh sewaktu ingin memohon jurusan ini. Jadi Zaty harap tidaklah awak semua menerima sepenuhnya maklumat di sini. Sebaliknya, bandingkan info di sini (jika ada info, hahah) dengan info-info di blog lain juga ye? Walau bagaimanapun, jika ada sebarang persoalan berkaitan jurusan ini, awak semua boleh direct message Zaty di instagram Ezzaty Elyeany Yasin ye? No need to follow, just DM . In shaa Allah Za

Diploma Teknologi Makmal Perubatan (part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat awak, awak dan awak yang sudi singgah blog ni. Oklah, pertama sekali Zaty nak minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog ni, hehe. Jadi, untuk entri kali ni Zaty nak share mengenai subjek-subjek yang awak semua akan belajar dalam diploma ni. Sebelum tu Zaty nak bagitahu ni, course Diploma Teknologi Makmal Perubatan yang ditawarkan di UiTM Bertam ni ada 5 semester. Ada ura-ura bahawa course ni akan dijadikan untuk 6 sem (tapi tak pasti akan kesahihannya). Jadi, sehingga batch Zaty dan Kohai kami, memang masih menggunakan system 5 semester. Oklah, back to the point , subjek untuk setiap semester adalah seperti berikut:- SEMESTER 1/PART 1 No. Code Subject 1. ANP105 Anatomy and Physiology 2. CSI101 Medical Laboratory Technology Principles and Practices I 3. CSI102 Histology Techniques 4. CTU101 Prinsip-prinsip Asas Islam 5