Skip to main content

Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM Bertam

 
Assalamualaikum & salam sejahtera~

Nak beramah mesra ke? Huhu, tak payahlah kot rasanya. Kita go straight to the point je lah ek. Bertepatan dengan tajuk entri kali ni, ditambah pula dengan adik-adik lepasan SPM 2016 yang baru tahu result UPU, jadi Zaty nak citer serba sedikit lah kan tentang course ni.

Kepada adik-adik yang bila tengok result UPU je tertera Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM tu, haa maknanya adik-adik akan belajar tempat yang sama ngan akak,which is,  UiTM Kampus Bertam. Bukan Batam ok, Bertam. Batam kat Indonesia tu kau jangan pergi sana pulak. Bertam ni kat Pulau Pinang. Hewhew. Best tau UiTM Bertam ni, walaupun pada awalnya korang mungkin akan rasa yang kampus ni macam krik krik. Huhu.

Definisi teknologi makmal perubatan tu korang boleh cari sendiri lah ek. Encik Google kan ada. Kat sini,  akak nak citer subjek apa yang korang akan belajar, suasana kampus dan kolej kediaman, kemudahan, tahap kesukaran course ni dan pengalaman-pengalaman lain, but of course, akak tak kongsikan semuanya sekaligus lah kan, nanti mengah korang nak baca nanti.

Ha, kat Kampus Bertam ni, bukan course korang je ada tau.  Selain MLT, course lain di kampus ni ialah Diploma Farmasi dan Diploma Kesihatan Persekitaran. Dengar khabarnya, course Diploma Fisioterapi pun akan join situ gak, tapi tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Jadi, memang korang kena berbaik-baiklah dengan student course lain sebab muka-muka diaorang jugalah yang korang akan hadap selama 4  sem tu. Diaorang lah roommate korang, diaorang jugalah housemate korang.  Jangan ngada-ngada nak cipta permusuhan, ok?

Adik-adik mesti banyak soalan nak tanya kan? Samalah macam akak dulu. So, kat sini akak nak sertakan soalan-soalan yang akak nak tahu sebelum akak masuk course ni dan jawapan setelah akak berjaya melalui liku-liku kehidupan selama 4 semester ni. Hew hew.


Q: Best tak course ni?

A: Hui, best sangattttt. Jjang bak orang Korea kata. Bagi akak, kalau korang ni pernah bercita-cita nak jadi saintis, ni adalah salah satu batu loncatan untuk korang. Sebab apa, course MLT boleh dikatakan memang akan lead korang untuk menjadi seorang saintis sebab basically kerja kita nanti memang banyak menganalisis. Kalau korang ni jenis yang suka ambil tahu setiap details untuk sesuatu perkara dan jenis yang suka ‘korek hingga ke lubang cacing’, akak tak berani cakap course ni yang paling tepat untuk korang. Apa yang akak boleh cakap, course ni salah satu bidang ilmu untuk further develop korang punya investigative instinct tu. Personally, course ni sesuai jugak untuk sang-sang stalker (sebab stalker kan sangat suka menyiasat, hewhew).   


Q: Nanti degree boleh sambung Degree in Forensic tak?

A: Jawapan, yes, you can. Bukan setakat Forensik je, korang boleh juga sambung bidang-bidang yang berkaitan. Sebagai contoh, Bioperubatan (biomed), biochemical, medic dan lain-lain. Kalau nanti korang nak sambung degree pure in chemical or biology pun boleh. Pokok pangkalnya yang berkaitan sains lah. Ada je kawan akak yang jadikan diploma in MLT ni sebagai cara untuk dia sambung belajar Perubatan nanti. So, kalau result SPM korang tu kurang memuaskan untuk study Medic, jangan putus asa dulu, korang boleh je study betul-betul dan dapatkan pointer yang tinggi untuk korang teruskan niat korang tu.

Q: Susah tak course ni?

A: Hmmm,  dik, mana ada proses belajar yang tak susah kan? Apa yang akak boleh cakap, setiap bidang dan cabang ilmu ada tahap kesukaran yang tersendiri. Semakin sukar sesuatu ilmu itu untuk korang peroleh , semakin korang akan hargai ilmu tersebut. Cewah, #akakdakwah. Hewhew. Once korang masuk U ni, korang akan membanding-banding tahap kesukaran course korang dengan course kawan-kawan korang. Tak perlu dik, tak perlu. Bagi korang, mungkin senang course diaorang tu, tapi korang tak tahu kesukaran untuk diaorang survive dengan course tu.  The most important thing is that, if you have that passion and interest in this course, you will somehow have many ways to survive. Macam akak dululah kan, tujuan asal masuk course ni sebab akak tak nak masuk matrik mahupun asasi, pokok pangkalnya akak tak berminat dengan cara belajar yang pantas ni. Selain tu, akak sangat berminat dengan subjek Kimia. Ketiga, akak tahu course ni pun daripada sepupu akak sebab dia pun belajar course ni tapi under KKM lah kan.

Q: Apa kelayakan untuk masuk course ni?

A: Seingat akak, kalau course-course di UiTM ni, ada satu cara untuk korang tahu korang layak atau tidak untuk sesuatu course tu. Korang boleh klik link ni--- http://www.selangkah.uitm.edu.my, masukkan je maklumat yang dikehendaki, nanti akan ada senarai course yang layak untuk korang mohon. Jangan risau kalau korang tak amik subjek Biology masa SPM dulu, korang masih layak untuk masuk course ni. Ada sorang kawan akak yang tak ambil Biologi pun masih boleh survive dengan course ni, tapi bila korang masuk course ni memang kena usaha lebih berbanding kawan korang yang ada basic Biologi sebab Biologi memang penting untuk course MLT ni.

Hm, penat pulaklah nak mengarang panjang berjela ni. Takpelah, macam ni. Kalau korang ada soalan-soalan nak tanya, jangan segan-segan, boleh terus emel soalan korang tu pada akak, ok? Kat bahagian komen pun boleh.

Oklah, next entri akak citer pasal topik lain yang berkaitan pulak ye. Assalamualaikum, anyeong~

Comments

  1. Assalam kak. Saya bru dapat result SPM dan alhamdulillah result saya agak baik. Cuma matematik tambahan saya ja yg kurg sikit iaitu C+. Boleh ka nk mohon diploma dalam bidang sains cam fisioterapi or MLT ni sbb saya dengar kalau result ada C ni cam susah sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, pertama sekali akak minta maaf sgt2 sebab lambat respond komen awak ni sbb akak mmg x expect dpt feedback. By now akak balas ni, for sure awak dah dpt result kemasukan upu kan, jd mudah2an apa yg awak dpt tu terbaik bg awak.Tpi akak nak jawab juga soalan awak.

      *Utk course ni, yg paling penting adalah subjek biologi dan kimia.
      *awak boleh cuba semak kelayakan awak di link yg saya sertakan di atas ye😃
      *awak perlu memenuhi syarat minimum utk course ni juga
      *selebihnya bergantung oada rezeki, kalau awak betul2 berminat dgn course ni, berdoa banyak2, in shaa Allah

      Delete
  2. kalau saya amil diploma ni ,boleh ke saya sambung degree biomedical engineering?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, boleh. Cuma nanti degree awak kena usaha lebih sikit utk course berkaitan fizik rasanya sebab sepanjang saya belajar ni, mmg tiada aplikasi fizik dalam pembelajaran. Kalau nak bertny lebih lanjut, boleh dm saya di instagram Ezzaty Elyeany Yasin.

      Delete
    2. Ada aplikasi fizik juga tp tak mendalam. Dalam subj berkaitan instrument (Biochemistry lab)

      Delete
  3. Akak.. Ape cth2 analysis yng akak maksudkan tu? And mcmmane teknik pembelarannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di UiTM Bertam, awak akan belajar secara teori dan praktikal. Teori ni macam biasalah awak akan menghadiri kelas di dewan kuliah manakala untuk praktikal, awak akan diajar cara-cara melaksanakan sesuatu test secara amali di makmal. Sebagai contoh, untuk mikrobiologi, awak akan culture organism, sediakan agar, observe microorganism dan lain-lain lagi.

      Delete
  4. diploma teknologi makmal dan diploma teknologi makmal perubatan lain eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kedua-dua course ni lebih kurang atau mungkin sama. Tapi macam akak, akak amik course diploma teknologi makmal perubatan ni di uitm, jd mungkin course ni namanya sedikit berbeza di universiti atau kolej lain. 😃

      Delete
    2. Salam Sarah dan Zaty. Saya Pn Suzana, ingin bantu jawab soalan Sarah ni. Beza DTM dan DTMP dari segi kursus. DTM menjurus bidang teknologi makmal yang lebih umum.
      Bagi DTMP akan lebih terperinci bagi pembelajaran tentang topik perubatan manusia dan haiwan makmal (anatomi, fisiologi, patologi kimia dan lain lain)

      Delete
    3. Oh terima kasih Pn Suzana atas penjelasan tersebut

      Delete

  5. Hi akak! Saya sangat berminat dengan course ini, tapi sy tak pernah tahu ttg course ni lepas habis spm dulu, kalau tau sy dah mohon awal-awal :'( Sy baru habis program satu tahun matrikulasi 17/18 dan saya pelajar sains hayat. Pointer sy pda sem1 (3.75) boleh dikira baik juga tapi exam sem 2 (2.56) sbb sy tak ambil subjek biologi (TH) dan maths sy jatuh teruk ke C+, so overall 3.15. Agaknya sy layak memohon untuk course ini? dan sy jugak tak ambil muet :|| sy harap sangat akak dpt balas comment sy ni. Thank you! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak~baguslah awak berminat. Bergantung pd awak nak mohon utk sambung diploma atau degree, awak boleh check syarat kelayakan minimum kat situ, ok? Ttg muet, akak x pastilah kalau tak amik muet ni boleh apply atau tak, tp awak boleh cuba je. Sbb akak ada dgr jugak, yg kalau tak ambil muet sebelum apply pun boleh (bg program degree), tp make sure ambil sebelum habis belajar (ni xsure sgt kesahihannya). Tp masa akak isi borang online utk upu haritu pun ada option utk org yg tak ambil muet lagi, jd rasanya boleh je. Kalau awak nak bertny lebih lanjut, boleh dm akak di instagram Ezzaty Elyeany Yasin, sbb kat ig akak boleh bg respond cepat. Ok? Harap membantu��

      Delete
  6. Oh ya, kalau nak ambil course ni kena tengok result spm juga kan? result spm sy ok juga tapi addmaths sy C shj. and lagi sy ambil spm tahun 2016. agak-agaknya uitm masih consider utk terima sy tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, syarat kelayakan boleh tgok di laman web uitm yg akak bg kat atas tu. Yg penting utk course ni adalah biologi dan kimia, addmath tu kepujian pun dah ok. Kalau ada rezeki, boleh😃

      Delete
  7. Hi kak sy skrg bljr d mtrikulasi, but sy sy dpt dip sains uitm ..akak rasa better sy pgi ke dip or stay matrik sbb sy krang yakin sy dpt survive d matrik nanti.. sy ad mntak jgk MLT ni but xdpt.. so akk cmne after dip MLT ni terus kerja or smbg degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak~ pilihan bergantung pd awak, dua-dua pun ada pros & cons nya. Akak dulu pun dpt tawaran ke matrikulasi, tapi akak lebih memilih untuk ke Diploma sebab akak yakin yang akak tak boleh adapt cara pembelajaran yg pantas ni, tapi kalau awak nak habis belajar cepat, mungkin awak boleh stay di matrikulasi dan dapatkan pointer yg cemerlang untuk membolehkan awak dapatkan course yg awak minat untuk degree nanti. Pada pendpt akak, kalau awak dah tahu bidang apa yg awak ingin ceburi, awak boleh sambung diploma, sebab memang dah menjurus kan. Kalau awak masih samar-samar dengan cita-cita awak, awak boleh stay di matrikulasi. Selepas habis belajar hujung tahun lepas, akak masih menunggu tawaran pekerjaan yang sesuai dan sedang menunggu tawaran untuk sambung degree juga. Harap akak dah menjawab persoalan awak ye? Feel free to ask anything. :)

      Delete
  8. assalalmualiakum kak tadi akak ada cakap yg kwn akak yg tak amik subjek biology pon.. blh masuk course ni kan ? tolong bagitahu mcam mana cara nya kak sbb saya dah buat yg selangkah ke uitm tu.. tapi course yg saya minat semua saya tak dapat...hummm..saya memang minat sangat kak tolong reply kakk.... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak~ yang tu akak tak pastilah awak. Yang penting result awak berada dlm minimum requirements yg ditetapkan. Kalau awak boleh share result awak dgn akak? Boleh dm akak di ig ye kalau nak respond cepat.😄

      Delete
  9. Assalamualaikum akak...sy bru dpt result spm...skrang ni sy tngh keliru untuk pilih kos apa...tpi dh lama sy usha kos MLT ni..sbb sy mnat sngt subjek kimia..tpi sy kurang skit kalu biologi...sy tkut xleh survive...so nk mntk pndpt akak la..harap akak blas..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak~in shaa Allah dengan minat awak boleh survive. Mmg course ni banyak aplikasi biologi je sebenarnya. In shaa Allah awak kena tanamkan minat betul-betul yeee. Course ni mmg menarik tau hehe. Harap akak dah menjawab lah ye. Kalau nak respond lagi cepat, boleh dm akak di instagram ye?

      Delete
  10. Salam kak , kalau addmath saya gagal ada kmungkinan x boleh ambik course ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Alya, biasanya kredit 2 subjek sains sudah memadai. Alya juga boleh rujuk ke mana-mana universiti atau kolej yang menawarkan kursus MLT ni.

      Delete
    2. Waalaikumussalam alyasyfkh. Yg paling penting bagi course ni sebenarnya islah subjek bio dan kimia. Mcm yg cik suzana bgtahu, kredit bagi sekurang-kurangnya 2 subjek sains tulen sudah memadai.

      Delete
  11. Salam kak saye baru je dpt result SPM 2019.. alhamdulillah FIZ KIM BIO semua C+ dan ADDMATH lulus.. kak saye nk tahu jugk laa ape yee subjek2 yg akan kita belajar kalau ambik MLT ni yee... TQ yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam zikri hakim. Alhamdulillah lepas dah tu utk awak apply course ni. Kalau awak nak tahu tentang subjek2 yg akan dipelajari nanti, boleh tengok di entri yg lagi satu ye? Akak ada senaraikan di situ berdasarkan silibus masa akak belajar dulu. Kalau ada nak tanya apa2 lagi, tanya je ye? Boleh dm jugak di ig akak😄

      Delete
  12. Mlt ni boleh jadi apaaa nanti?? Kalau amik mlt boleh sambung dentistry tak lepastu ? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepasan dip mlt ni boleh jadi mlt ni hodpital kerajaan atau swasta. Boleh juga jadi mlt di lab private dan apa2 jua pekerjaan yg berkaitan makmal perubatan. Lepasan dip mlt pun boleh apply utk degree dentistry, tp awak memang kena jaga pointer betul-betul tau. Hehe, sebab ada sorang kawan batch akak yang dapat sambung deg dentistry di uitm 😄

      Delete
    2. Salam kak..jika dah habis pengajian diploma MLT ..bolehkah sambung degree pharmacy ?

      Delete
  13. Assalam kak..saya lepasn spl 2018..tapi saya x ambik bio..boleh ke agak ii untuk survive???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak. In shaa Allah awak boleh survive, cuma awak kena usaha lebih berbanding kawang-kawan satu batch awak yg memang dah ada basic bio. In shaa Allah awak boleh! Yang penting awak usaha lebih, doa dan tanamkan minat yg mendalam okies? Pape boleh roger akak kat ig akak, ok?

      Delete
  14. Salam kak, saya nk tny, course mlt ni sama susah dgn medic dgn pharmacy ke? Lepastu habis diploma mlt boleh apply mlt dkt sector gov atau private eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awak. Hehe yg tu akak tak tau lah awak sbb bila cerita ttg belajar ni kan, tak ada yg boleh ukur tahap kesusahan tu sbb ia bergantung pada diri masing+masing. Cuma yg akak boleh bagitau awak, mlt ni tergolong dalam bidang separa perubatan. Ha dgr separa je, maybe separuh jugaklah tahap kesukaran dia berbanding belajar medik tu✌️🏻

      Delete
  15. Sorry, ,lagi satu, course ni ada banyak melibatkan hafal2 ke? Ke banyak hands on?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, banyak mengahafal dan jugak hands on. Dua dua seimbang😄.

      Delete
    2. Kak @Zaty ,kos ni ada melibatkan maths atau kira²? Bukan apa, sayaa agak lemah maths dan sedang survey kos yg tak melibatkan maths sngt. Btw saya lepasan spm 2019.Heheh

      Delete
    3. Hi rabiatul. Akak boleh cakap yg course ni lebih banyak menghafal dan hands on. Kira-kira tu ada sikit sangat hehe. Kalau course farmasi tu yelah banyak kira-kira. Jangan risau, kalau awak minat, pasti boleh buat punya💪🏻. Wah, ni dah start survey course utk further study ni. Bagus. Apa-apa soalan nak respond lebih cepat boleh dm akak di ig ye😊

      Delete
    4. Ouhhh begituuu,sayaa tgk awal² sbb nnti senang nak isi upu😂heheheh, tapi baru jumpaa mlt je, btw thankss akak!!

      Delete
  16. I got this course,and I was being placed in this UITM.pray for me!😊

    ReplyDelete
  17. Salam, nk tanya sy dpt course ni kt utm bertam diploma mlt, kalau degree nk sambung pharmacy, dentistry ke biomed boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ye, boleh je awak. Make sure pointer tinggi ye so that peluang lagi cerah. Lagi satu, kalau nak sambung degree farmasi, ada iv tak silap.

      Delete
  18. Sis patut saya masuk matrik ka ataupun dip MLT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak. Yang tu saya tak ada hak utk buat keputusan. Awak kena bincang dgn family dan doa banyak banyak mana hala tuju yg terbaik utk awak. Dua dua pun ada kelebihan dan kekurangannya hehe. Yanh paling penting, awak kena tahu minat awak ke arah mana dan pertimbangkan faktor faktor lain jugak hehe. Anything you want to ask and for a faster reply, dm me in my ig, okay? Thanks for supporting✌️🏻

      Delete
  19. Assalam akak...nak tnye...sye dapat course mlt...time nak masuk tu kne bayar terus yuran untuk 1sem ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah awak. Kena bayar. Tapi x silap akak dia ada bg tempoh. Cuma jangan lambat sgt je bayar. Sbb nnti dia akan update kat student portal sama ada dah byr atau tak.

      Delete
  20. Akk, saya nak tnya,
    1.mlt ni klau kita bljr smpai dip je, blh diterima bekerja ke? Atau kne smbung deg or master baru senang nak dpt keje?
    2.kos mlt ni lebih cenderung kpd bio or kimia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai rabiatul😊.
      1. Pada pendpt akak, kalau awak mmg bercita-cita utk bekerja sbg mlt, memang cukup di kelayakan diploma. (Tapi apa salahnya sambung lebih jauh kan?). Kalau awak ada degree, jawatan yg sesuai awak apply ialah pegawai sains atau jawatan yg bergred lebih tinggi daripada mlt.
      2. Course ni majoritinya melibatkan biologi😊

      Delete
  21. Assalam kak i have some question to ask u, if saya from aliran account boleh ke apply course MLT ni? Minat dgn sains ni lagi² bila baca klau pointer bagus boleh sambung deg in medic kan one of my dreams la tuh... So ya agak agak dpt tk nak apply course MLT ni nanti ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak. Berkaitan dengan syarat kelayakan, awak boleh semak di laman web uitm berkaitan syarat am dan syarat khas untuk program ni kerana berdasarkan pembacaan akak di situ, syarat khasnya adalah mendpt kepujian dalam salah satu subjek sama ada bio atau fizik, kepujian kimia, kepujian add math dan minimum B bagi subjek B. Inggeris.

      Delete
  22. Terbaik zaty. teruskan memberi penerangan kepada adik-adik kita. perlukan apa-apa maklumat tambahan, boleh bertanya dengan saya.

    ReplyDelete
  23. hai akak. saya lepasan spm 2019 dan baru dapat result. i got 6A termasuk A dalam subjek bio and chemistry. saya nak tanya, akak dah habis diploma ke? kalau ya, sekarang ni degree ambik course apa? saya agak minat dengan course ni tapi takut nanti masa degree saya dapat course yang tak best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak. Tahniah dapat result yg cemerlang. 👏🏻. Yup, akak dah habis diploma pada 2017, graduate pd 2018. Akak tak sambung degree pun lagi awak. Akak kerja sementara ni. 😄

      Delete
    2. bidang kerja apa ye akak ? saya nak ambik dip ni tp takut susah dpt kerja bila hbis dip

      Delete
    3. Tentang bidang kerja tu akak tak begitu arif hal tersebut. Setahu akak, kerjaya utama lepasan diploma mlt ni selalunya ialah menjadi juruteknologi makmal perubatan di hospital kerajaan mahupun swasta serta boleh juga berkhidmat di makmal diagnostik dan analisis swasta. Bidang kerja lepasan diploma mlt ni tidak terhad selagi ia berkait dengan sains dan teknologi, awak boleh mohon.

      Delete
  24. Assalamualaikum kak, saya ambik aliran sastera boleh ke saya ambik bidang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awak. Tentang tu akak tak pasti pula. Setahu akak untuk syarat kelayakan diploma mlt untuk uitm, ia mementingkan subjek sains tulen. Jadi, jika awak pelajar aliran sastera mungkin sedikit sukar. Awak boleh cuba masukkan result spm awak di portal selangkah ke uitm. Jika jurusan ini tersenarai, bermakna awak layak memohon. Jika tidak, awak boleh cuba alternatif lain seperti memohon kemasukan ke kolej swasta bagi jurusan ini, namun kos pengajian di kolej swasta lebih mahal😊.

      Delete
  25. Assalamualaikum akak. Sy pljr lpsn spm 2019 nk tnya klau ambik diploma mlt ni bleh smbung ke ijazah biomedik/ dietetics? Diploma mlt ni di uitm kampus mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awak. Ye, awak boleh sambung degree utk kedua dua course tersebut selagi awak memenuhi syarat kelayakan minimum. Setahu akak, diploma mlt utk uitm hanya di UiTM Kampus Bertam, Pulau Pinang.

      Delete
  26. Assalamualaikum kak, saya pelajar lpsan spm 2019,saya nak tanya, blh tak saya ambil course nie walaupun saya tak ambil sub bio dgn chem? Tapi sc saya A- math saya B, jadi layak tak saya mohon course nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, hai awak. Setahu akak berdasarkan portal uitm di bahagian syarat kemasukan utk course ni, ia memerlukan sekurang-kurangnya KEPUJIAN dalam subjek sama ada biologi atau fizik, kepujian subjek kimia dan kepujian sama ada subjek math atau add math serta minimum gred B dalam subjek Bahasa Inggeris. Awak boleh cuba semak sekali lagi di portal selangkah ke uitm. Sekiranya course ini tersenarai, bermakna awak layak. Jika tidak, akak rasa option yang awak boleh cuba survey adalah pra diploma sains uitm. Kalau nak respond lebih cepat, dm akak di instagram akak ye?

      Delete
  27. Salam kak, saya nak tanya, kalau saya ambil diploma course ni, boleh ke sambung degree farmasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ye, boleh je untuk awak apply degree farmasi selepas ambil diploma mlt ni, cuma pada pendapat akak, jika awak dah ada minat dan tujuan untuk study course farmasi, jauh lebih baik jika awak terus apply diploma farmasi dan proceed ke degree farmasi lepas tu. Option lain ialah awak study asasi/ matrikulasi dan kemudian proceed untuk apply degree farmasi ni. Apa apa pertanyaan boleh tanya akak di ig ye😊✌️🏻

      Delete
  28. Assalamualaikum kak, saya lepasan spm 2019. Saya dpt bio B+ , kimia C+
    Tapi addmath E dgn fizik D. Lepas tak rasa rasana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awak. Awak boleh cuba semak kelayakan awak untuk course ni di portal selangkah ke uitm ye. Di situ secara automatiknya ada disenaraikan course-course yg layak untuk awak mohon😊

      Delete
  29. Hi kak sy nak tanya subjek apa yg kita akn belajar bila ambik kos ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak. Awak boleh rujuk balik post lagi satu berkaitan subjek-subjek untuk course ni. 😊

      Delete
  30. salam kak..nak tanya kalau course ni ramai ke lelaki ambik ?...or mostly girl yg ambik course ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak. Kalau ikut batch akak dulu, majoriti memang perempuan. Batch kohai akak pula lagi sikit bilangan lelakinya. Hehe.

      Delete
    2. Akak batch 2013 kt uitm bertam. Memang dr dlu bilangan student laki xramai pon. Tak pernah lebih dr 1/3 pon😬

      Delete
  31. Assalam akak. Saya lepasan spm2019. Result spm kimia saya A tapi bio saya C+. Agak agak lepas tak nak ambik course ni? Sbb saya minat sangat course ni. Cita cita saya nak jadi doktor. Tapi result spm biasa aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awak. Awak boleh cuba check kelayakan awak di portal selangkah ke uitm tu ye?😊

      Delete
    2. Ya akak. Dah check. Dah isi upu. Risau takut tak dapat mlt ni �� akak doakan saya ya :) thank you kak ☺️

      Delete
    3. Oh baguslah macam tu. Kalau awak betul betul minat course ni, semoga dipermudahkan urusan awak untuk dapat tawaran nanti dan sepanjang tempoh belajar kelak😊. Sama sama. Berkaitan dengan minat awak utk menjadi doktor tu, akak harap awak boleh buat carian lebih untuk jurusan perubatan dan kelayakan yang diperlukan ye kerana tempoh hari ada yang memberi info pada akak bahawa untuk menjadi seorang doktor, keputusan spm turut diambil kira. Namun begitu, akak tak berapa pasti hal ini sebab akak tak sambung jurusan tersebut. Mungkin awak boleh bertanya kepada individu yang lebih pakar ye😊

      Delete
    4. Insha Allah. Terima kasih atas nasihat akak ��

      Delete
  32. Assalam akak.. klau mcm sy ni ambil spm(v),boleh ke nak ambil course ni? Sbab sy lama sngat minat ngan mlt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak. Maaf, tentang tu akak tak pasti. Awak boleh cuba semak kelayakan di web selangkah ke uitm tu😊

      Delete
  33. Kak saya nak tnya time skolah dulu saya tak amik bio cuma fizik dan kimia shja itu pun kimia saya agak lemah tapi saya dapat course ni so susah ke untuk saya nak survive time study nanti sbb saya takde asas biologi dan lemah subj kimia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, tahniah awak. Boleh akak tahu course no pilihan keberapa? In Shaa Allah awak boleh survive. Yang penting perlu minat dan usaha tu berterusan, ok? Apa apa soalan berkaitan boleh dm akak di ig ye?

      Delete
  34. Haii saya nak tanyaa kalau dari diploma microbiology ke degree mlt ni boleh cut credit hour banyak ke? Ada tak kenal sesiapa dari diplom microbe ke mlt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak~~~Maaf lambat reply. Saya tiada kenalan diploma microbe tapi setahu saya jika ada persamaan subjek diploma dan degree mungkin boleh ada pengecualian kredit. Berapa banyak itu saya tak pasti.

      Delete
    2. Jika dari program diploma Microbiology, pengecualian kredit dapat cuma tempoh pengajian akan tetap 4 tahun. Apa-apa pun, banyak subjek baru akan dipelajari nanti. Selamat maju jaya.

      Delete
    3. Wahhh terima kasih Sir Zack atas infonya😊

      Delete
  35. asalam akak , kalau tak ambik pure sains bole ke apply course ni ? sbb sayaa minat tpi takut tak lepas nk apply sbb saya tk ambik pure sains

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak. Setahu akak, kelayakan minimum bagi Diploma MLT UiTM memang melibatkan subjek subjek sains tulen. Seandainya awak benar benar minat mungkin awak boleh cuba survey course ini di kolej swasta.

      Delete
  36. assalam kak nak tanye teknologi makmal dengan teknologi makmal perubatan sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Najwa. Kalau tak silap akak, teknologi makmal tu dia lebih umum manakala teknologi makmal perubatan lebih spesifik kepada analisis sampel manusia dan penyakit berkaitan.

      Delete
  37. Asslamualaikum kak , terima kasih atas penerangan tentang course ni , saya minat sgt course ni kak saya dah mohon dah tpi saya takut x diterima sbb saya x amik biologi masa spm hritu , lps baca penerangan akak ni lega sikit hati saya hahaha , doakan saya kak moga ii permohonan saya diterima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak. Alhamdulillah sekiranya perkongsian akak di sini memberi manfaat buat awak. In shaa Allah semoga ada rezeki awak untuk menerima tawaran dalam jurusan ini dan semoga dipermudahkan urusan awak belajar kelak. :)

      Delete
  38. Assalamualaikum kak.. result SPM saya utk kimia A but fizik ngn bio C+..agak ii if saya lps ambil diploma boleh Ker saya smbung degree dlm bidang ni?👉👈

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awak. Yang tu awak kena semak semula syarat kelayakan minimum untuk course tersebut ye.

      Delete
  39. Assalamualaikum kak.. Boleh saya tnya brapa jumlah bayaran untk course mlt nie tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awak. Akak tak berapa ingat lah. Seingat akak untuk satu sem kurang darpada RM 1000 (kalau tak silap). Ia tak termasuk bayaran lain seperti lab coat, buku teks dan bahan ilmiah tambahan lain. Awak boleh cuba semak di sini
      STRUKTUR YURAN PENGAJIAN UITM

      Delete
  40. assalammualikum kak....saya dpat offer dip MLT uitm....dalam masa yang sama dapat matriks sains setahun.....saya masih berbelah bagi nak mik apa....tapi saya minat mlt daro zaman sekolah ( saya batch spm 2020 pro max) saya pun tak yakin matriks...saya minat sangat sangat kimia.... tapi bio saya kurang sikit ( B+) KM ( A) FZ ( A)....apa pendapat akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awak. Alhamdulillah tahniah. Akak tak berani bagi pendapat tentang ni sebab ni tentang masa depan awak. Bagi akak, dua dua ada pros dan kons. Dua dua pun bagus. Kalau awak memang minat mlt, awak boleh go through mana mana je. Bezanya cuma masa. Andai kata awak ambil matriks sains dan lepastu awak sambung degree mlt pun boleh. Diploma mlt then sambung degree mlt pun boleh jugak. Ikut awak. Kalau akak dulu akak dapat macam awak, matriks dan diploma mlt jugak, tapi akak pilih diploma sebab akak tak yakin dengan tempo pembelajaran yg laju kalau di matriks. Semoga awak dapat buat keputusan yg terbaik.

      Delete
  41. Asalamualaikum akak apa beza diploma mikrobiologi dgan MLT ya rasanya keduanya belajar berasaskan makmal

    ReplyDelete
  42. saya dari dip MLT..klau amik degree MLT juga dapat pendekkan berapa tempoh sem?

    ReplyDelete
  43. Akak kos ni mewajibkan amik muet ke ..kalau wajib sem berp kena amik?

    ReplyDelete
  44. Kalau tak sambung degree stop sampai diploma saja boleh dapat kerja jugak ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. boleh guna sijil diploma untuk mohon kerja.

      Delete
  45. erm, course ni boleh ke kalau nak lanjut kearah medic?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. salah satu cabang untuk sambung ke bidang medik.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Diploma Teknologi Makmal Perubatan (part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat awak, awak dan awak yang sudi singgah blog ni. Oklah, pertama sekali Zaty nak minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog ni, hehe. Jadi, untuk entri kali ni Zaty nak share mengenai subjek-subjek yang awak semua akan belajar dalam diploma ni. Sebelum tu Zaty nak bagitahu ni, course Diploma Teknologi Makmal Perubatan yang ditawarkan di UiTM Bertam ni ada 5 semester. Ada ura-ura bahawa course ni akan dijadikan untuk 6 sem (tapi tak pasti akan kesahihannya). Jadi, sehingga batch Zaty dan Kohai kami, memang masih menggunakan system 5 semester. Oklah, back to the point , subjek untuk setiap semester adalah seperti berikut:- SEMESTER 1/PART 1 No. Code Subject 1. ANP105 Anatomy and Physiology 2. CSI101 Medical Laboratory Technology Principles and Practices I 3. CSI102 Histology Techniques 4. CTU101 Prinsip-prinsip Asas Islam 5

MINGGU DESTINI SISWA (MDS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya~~~ Pertama sekali, kepada sesiapa jua yang membaca entri terbaru ni, marilah kita bersama-sama panjatkan doa agar Malaysia dan seluruh dunia dapat kembali pulih dan bebas daripada wabak CoViD-19 ini secepat mungkin. Aaamiiin~~~ Terima kasih buat adik-adik lepasan SPM yang sudi singgah di blog ini. Zaty harapkan agar melalui penulisan Zaty di sini serba sedikit dapat membantu awak semua mendapatkan maklumat yang dicari. Sebagai makluman, setiap apa yang Zaty tulis adalah berdasarkan pengalaman, bacaan serta carian maklumat yang Zaty peroleh sewaktu ingin memohon jurusan ini. Jadi Zaty harap tidaklah awak semua menerima sepenuhnya maklumat di sini. Sebaliknya, bandingkan info di sini (jika ada info, hahah) dengan info-info di blog lain juga ye? Walau bagaimanapun, jika ada sebarang persoalan berkaitan jurusan ini, awak semua boleh direct message Zaty di instagram Ezzaty Elyeany Yasin ye? No need to follow, just DM . In shaa Allah Za