Skip to main content

MINGGU DESTINI SISWA (MDS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya~~~

Pertama sekali, kepada sesiapa jua yang membaca entri terbaru ni, marilah kita bersama-sama panjatkan doa agar Malaysia dan seluruh dunia dapat kembali pulih dan bebas daripada wabak CoViD-19 ini secepat mungkin. Aaamiiin~~~

Terima kasih buat adik-adik lepasan SPM yang sudi singgah di blog ini. Zaty harapkan agar melalui penulisan Zaty di sini serba sedikit dapat membantu awak semua mendapatkan maklumat yang dicari. Sebagai makluman, setiap apa yang Zaty tulis adalah berdasarkan pengalaman, bacaan serta carian maklumat yang Zaty peroleh sewaktu ingin memohon jurusan ini. Jadi Zaty harap tidaklah awak semua menerima sepenuhnya maklumat di sini. Sebaliknya, bandingkan info di sini (jika ada info, hahah) dengan info-info di blog lain juga ye? Walau bagaimanapun, jika ada sebarang persoalan berkaitan jurusan ini, awak semua boleh direct message Zaty di instagram Ezzaty Elyeany Yasin ye? No need to follow, just DM. In shaa Allah Zaty reply. Ok?

Oklah, topik yang Zaty nak share kali ni ialah tentang Minggu Destini Siswa a.k.a MDS. MDS ni dalam erti kata lain dia ialah minggu orientasi bagi mahasiswa/wi baru (MB) di UiTM. MDS ni dilaksanakan dalam tempoh lebih kurang seminggu. Sewaktu batch Zaty dahulu, MDS ni hanya 5 hari macam tu. Sepanjang MDS, korang akan dapat banyak info berguna melalui pelbagai taklimat. Jadi, mesti stay focus ye?

MDS ni seronok ke? Hehe, bagi Zaty, biasa-biasa je. Macam biasa korang melalui minggu orientasi tu. Kebanyakan waktunya akan rasa penat dan mengantuk sebab korang pastinya tak cukup tidur. Apa yang paling best tentang MDS dulu bagi Zaty ialah makanan dan aktiviti senam seni je. Hehe.

Makanan yang disediakan sewaktu batch Zaty MDS dulu sangatlah sedap, portion pun banyak, cuma yang tak bestnya ialah kami tak cukup masa untuk makan, huhuhuhu. Disebabkan jadual padat dengan taklimat dan sebagainya, waktu makan kami sangat singkat ye, haha. Waktu makan ni, Zaty nasihatkan korang 'pentingkan diri' je lah. Bukanlah Zaty nak encourage korang dengan nilai tak murni ye, cuma kalau korang tak buat macam ni, alamatnya tak makanlah korang nanti. Tak usah tunggu kawan-kawan yang masih beratur ke, pergi tandas ke kalau korang tak mahu merasa kena marah dengan PMDS. PMDS ni apa pulak? PMDS ni bukan apa ye tapi siapa. Hahaha. PMDS stands for Pemimpin MDS ataupun senang katanya fasilitator korang lah. Mereka ini terdiri daripada pelajar senior dan kebanyakan mereka juga adalah komander. Uhuk. Jadi, kalau korang nampak ada yang garang-garang tu selalunya mereka ialah komander.

Aktiviti senam seni waktu MDS ni salah satu aktiviti yang Zaty tunggu-tunggu. Sebab apa? Sebab waktu ni je korang tak payah dengar taklimat. Hehe. Nanti akan ada fasi yang in charge untuk lead senam seni ni. Tugas korang hanya follow je gaya yang mereka tunjuk tu. PMDS yang jaga aktiviti senam seni ni selalunya jenis sempoi dan suka bergurau dan boleh dikatakan mereka ni popular di kampus (kot?)Ada macam-macam lagu yang biasanya memang digunakan untuk aktiviti macam ni di mana-mana pun kot (?). Antaranya ialah lagu Gemuruh Jiwa oleh Faizal Tahir, Warna Dunia oleh Dato Siti, Tarian Penguin, Tarian Ayumi Hamasaki dan Tarian Si Tommy. Korang bolehlah try search di YouTube ye.

MDS ni kebanyakan waktunya memang korang perlu dengar taklimat seperti taklimat PTPTN (untuk sesiapa yang berminat untuk membuat pinjaman PTPTN ni, please take note waktu ni ye?), taklimat pendaftaran dan sebagainya lah. Banyak sampai korang rasa mengantuk. TAPI korang mesti stay awake kalau tak mahu kena marah dengan PMDS dan paling penting jika korang tak mahu ketinggalan sebarang info berguna yang dapat digunakan sepanjang pengajian korang kelak, ok? Nanti bila tiba masanya, korang boleh refer balik nota yang korang catat tu. Itupun kalau ada catat lah, hahah. Biasalah taklimat memang lah bosan kan, tapi banyak info tau. Kalau macam Zaty dulu, cara untuk tak bagi mengantuk ialah dengan makan gula-gula atau korang main urut-urut tapak tangan ke bahu ke dengan kawan sebelah. Haha. Masa dengar taklimat ni lah macam-macam gaya orang menahan ngantuk yang korang akan dapat lihat.

Waktu MDS jugak, korang akan banyak berjalan dari satu venue ke venue yang lain. Oleh sebab itu, korang dinasihatkan untuk memakai kasut yang boleh tahan lasak seperti kasut sukan. Zaty dulu pakai baju kurung dengan kasut sukan ye sebab MDS kami dulu meriah diiringi hujan yang lebat dan angin yang kuat ye. Tak sahlah kalau tak berjalan dalam hujan tu. Nanti di akhir post ni Zaty akan listkan sedikit barang yang korang perlu prepare extra untuk MDS nanti, ok?

Oh ya, di penghujung hari MDS setiap hari, korang perlu attend roll call. Korang kena berkumpul ramai-ramai di lapangan sebelum korang dibenarkan naik ke kolej untuk tidur ye. Waktu ni akan ada PMDS yang in charge untuk bagi nasihat pada korang (kadang-kadang tu kena marah tu biasalah) ataupun bagi teguran secara menyeluruh tentang sikap korang (terhegeh-hegeh, tak menepati masa, pakaian tak memenuhi standard, tidur ketika taklimat) sepanjang program MDS tu. Korang dengar je lah ye. 

Oklah untuk kali ni Zaty share ni je dulu sebab dah tak tahu nak tulis apa hahaha. Di bawah ni Zaty senaraikan barang yang korang kena sedikan extra sebagai persiapan untuk MDS.

1. Gula-gula/ minyak angin (atau apa-apa jua medium) yang boleh halang korang daripada tidur
    waktu taklimat.

2. Stokin (macam Zaty bagitahu tadi, berkemungkinan korang akan banyak berjalan terutamanya dalam hujan. Jadi, bila korang dah redah hujan tu, kasut dan stokin mesti basah kan? Korang mesti tak selesa terutamanya waktu nak solat nanti. Jadi, stokin lebih ni adalah untuk dipakai sewaktu solat supaya korang tak jadi penyumbang bau kurang enak di dalam Pusat Islam tu nanti).

3. Telekung/kopiah/songkok (sewaktu MDS ni korang sememangnya akan solat berjemaah).

4. Payung (sebagai persediaan kalau kena redah hujan).

5. Buku nota & alat tulis(untuk mencatat maklumat penting.)
    Alat tulis tu bagi lengkap masuk dalam pencil box termasuk gunting kecil, gam, pen (bawa extra
    mana tau pen korang hilang atau dipinjam tanpa dipulangkan), pensil, pemadam, permanent 
    marker, stapler, klip kertas dan alat tulis lain yang korang rasa penting)

6. Roti dan air mineral (boleh juga bawa biskut mana tau korang nak menunggu waktu makan tu 
    lama sangat kan korang boleh alas perut dulu tapi pastikan line clear kalau korang makan dalam 
    dewan.Hahah, satgi PMDS nampak kena sound kang-tidak digalakkan hahah).

7. Tuala kecil (kalau badan korang basah terkena hujan).

8. Tuala wanita (bagi siswi yang period sebab korang memang tak boleh balik ke kolej sepanjang 
    MDS berlangsung).

9. Pin tudung atau peniti extra (sebab bagi siswi, tudung ketika MDS ialah tudung putih dan perlu 
    dipinkan 3 ke bawah atau 5 ke bawah mcam tu. Tiada gaya lain dapat diterima. Paling senang bagi 
    Zaty, korang pakai tudung sekolah je lah senang takyah nak pin banyak banyak kan).

10. Gambar bersaiz passport extra (di belakang setiap gambar tu tuliskan nama penuh dan nombor telefon korang. Seandainya korang tercicir gambar ni, sesiapa yang terjumpanya senang untuk menghubungi korang kan?)

11. Fail (untuk simpan segala jenis dokumen dan kertas-kertas info yang baka diterima kelak).

Oklah. Setakat ni, itu sahaja yang terlintas di fikiran Zaty. Seandainya ada persoalan korang boleh komen di bawah (Zaty masih aktif membalas komen di sini) atau DM di instagram tanpa perlu follow, ok? Jika korang ada sebarang idea untuk Zaty share for the next entry, boleh suggestkan ye? Zaty nak tahu juga apa yang korang nak tahu. Oklah sehingga berjumpa lagi.

Annyeong~~~


Comments

  1. Kak zaty...akak amik degree course MLT ke?? Kalau ye, akak habis degree umur berapa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak. Hehe, akak tak sambung degree lah awak😄

      Delete
    2. Sekarang akak dapat kerja dalam bidang ni tak?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM Bertam

  Assalamualaikum & salam sejahtera~ Nak beramah mesra ke? Huhu, tak payahlah kot rasanya. Kita go straight to the point je lah ek. Bertepatan dengan tajuk entri kali ni, ditambah pula dengan adik-adik lepasan SPM 2016 yang baru tahu result UPU, jadi Zaty nak citer serba sedikit lah kan tentang course ni. Kepada adik-adik yang bila tengok result UPU je tertera Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM tu, haa maknanya adik-adik akan belajar tempat yang sama ngan akak,which is,   UiTM Kampus Bertam. Bukan Batam ok, Bertam. Batam kat Indonesia tu kau jangan pergi sana pulak. Bertam ni kat Pulau Pinang. Hewhew. Best tau UiTM Bertam ni, walaupun pada awalnya korang mungkin akan rasa yang kampus ni macam krik krik. Huhu. Definisi teknologi makmal perubatan tu korang boleh cari sendiri lah ek. Encik Google kan ada. Kat sini,   akak nak citer subjek apa yang korang akan belajar, suasana kampus dan kolej kediaman, kemudahan, tahap kesukaran course ni dan pengala

Diploma Teknologi Makmal Perubatan (part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat awak, awak dan awak yang sudi singgah blog ni. Oklah, pertama sekali Zaty nak minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog ni, hehe. Jadi, untuk entri kali ni Zaty nak share mengenai subjek-subjek yang awak semua akan belajar dalam diploma ni. Sebelum tu Zaty nak bagitahu ni, course Diploma Teknologi Makmal Perubatan yang ditawarkan di UiTM Bertam ni ada 5 semester. Ada ura-ura bahawa course ni akan dijadikan untuk 6 sem (tapi tak pasti akan kesahihannya). Jadi, sehingga batch Zaty dan Kohai kami, memang masih menggunakan system 5 semester. Oklah, back to the point , subjek untuk setiap semester adalah seperti berikut:- SEMESTER 1/PART 1 No. Code Subject 1. ANP105 Anatomy and Physiology 2. CSI101 Medical Laboratory Technology Principles and Practices I 3. CSI102 Histology Techniques 4. CTU101 Prinsip-prinsip Asas Islam 5