Skip to main content

Diploma Teknologi Makmal Perubatan (part 2)


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat awak, awak dan awak yang sudi singgah blog ni. Oklah, pertama sekali Zaty nak minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog ni, hehe. Jadi, untuk entri kali ni Zaty nak share mengenai subjek-subjek yang awak semua akan belajar dalam diploma ni.

Sebelum tu Zaty nak bagitahu ni, course Diploma Teknologi Makmal Perubatan yang ditawarkan di UiTM Bertam ni ada 5 semester. Ada ura-ura bahawa course ni akan dijadikan untuk 6 sem (tapi tak pasti akan kesahihannya). Jadi, sehingga batch Zaty dan Kohai kami, memang masih menggunakan system 5 semester.

Oklah, back to the point, subjek untuk setiap semester adalah seperti berikut:-

SEMESTER 1/PART 1

No.
Code
Subject
1.
ANP105
Anatomy and Physiology
2.
CSI101
Medical Laboratory Technology Principles and Practices I
3.
CSI102
Histology Techniques
4.
CTU101
Prinsip-prinsip Asas Islam
5.
ELC120
Integrated Language Skills : Listening
6.
HBU114
Red Crescent Society I

SEMESTER 2/ PART 2

No.
Code
Subject
1.
CSI151
Clinical Microbiology I
2.
CSI152
Chemical Pathology I
3.
CSI153
Clinical Parasitology
4.
CSI154
Immunology & Serology
5.
CTU151
Islamic Thought and Civilization
6.
ELC150
Integrated Language Skills: Reading
7.
HBU124
Red Crescent Society II

SEMESTER 3/PART 3
No.
Code
Subject
1.
CSI201
Clinical Microbiology II
2.
CSI202
Chemical Pathology II
3.
CSI203
Haematology I
4.
CSI204
Transfusion Medicine I
5.
CTU221
Health Science and Pharmacy in Islam
6.
ELC230
Integrated Language Skills: Writing
7.
HBU134
Red Crescent Society III

SEMESTER 4/PART 4

No.
Code
Subject
1.
CSI251
Clinical Microbiology III
2.
CSI252
Chemical Pathology III
3.
CSI253
Haematology II
4.
CSI254
Transfusion Medicine II
5.
CSI255
Cytology
6.
CSI256
Medical Laboratory Technology Principles and Practices II

SEMESTER 5/PART 5 (Clinical attachment)

No.
Code
Subject
1.
CSI301
Clinical Laboratory Practice I
2.
CSI302
Clinical Laboratory Practice II
3.
CSI303
Clinical Laboratory Practice III

Awak semua yang bakal belajar dalam course ni, awak akan belajar di kolej selama 4 semester sahaja. Semester kelima awak semua dah mula menjalani latihan praktikal di hospital yang telah ditentukan (batch Zaty dibenarkan menjalani latihan praktikal/klinikal di hospital pilihan kami, hehe, jadi best lah, boleh pilih sama ada nak dekat dengan rumah ibu bapa, nak merantau atau nak bersama-sama dengan kawan-kawan). Awak semua akan menjalani latihan klinikal selama lebih kurang 6 bulan (25 minggu). Huhu, macam banyak dan lama kan? Tapi, percayalah, kalau awak semua dah mula latihan klinikal, awak semua akan rasa seronok dan sedar-sedar je dah habis nanti. Huhu, mungkin masa awal-awal tu buatkan awak susah nak adapt dengan suasana, jadi awak terasa lama pula nak habiskan praktikal tu. In shaa Allah, bila tiba hujung-hujung beberapa minggu terakhir tu, awak akan mula rasa sedih dan berat hati nak tinggalkan tempat praktikal awak (ini bergantung pada tempat ye, hehe). Ada yang nak Zaty share pengalaman waktu praktikal tak? Kalau ada, bolehlah drop comment awak ye.

Ok, ni secara umum sahaja senarai subjek untuk course ni. Mungkin kelak ada sedikit perubahan dari segi pertambahan subjek, mungkin?  Dengar kata, akan diwujudkan subjek Phlebotomy. Hah, apa itu Phelobotomy? Hehe, In shaa Allah nanti jika ada kelapangan Zaty share sedikit info ye. Mungkin untuk entri seterusnya, Zaty akan cerita details (taklah detail sangat, nanti tak surprise, huhu)  untuk subjek-subjek tersebut untuk bagi gambaran pada awak semua yang berminat dengan course ni. Ok?

See ya, assalamualaikum…


Comments

  1. Salam..adik sy dapat tawaran belajar kos ni..before daftar nak kena buat hiv & hepatitis b/c test ke? Confius sebab kat senarai semak ada tulis kena buat tp xde borang nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ya, itu memang salah satu requirement untuk course ni. Berdasarkan pengalaman Zaty, memang Zaty buat test hiv & hepatitis b/c tu sebelum daftar. Bukan apa, sekadar nak memudahkan urusan kemudian nanti kan. Seingat Zaty lecturer akan minta result test ni pun dalam semester keberapa mcm tu (maaf, tak berapa ingat dah). Boleh je rasanya kalau tak buat sebelum daftar, cuma sebaik-baiknya buat sebelum daftar in case diaorang minta. Tentang borang tu, kalau tak silap, awak hanya perlu request pd doktor untuk buat test tu dan nyatakan tujuan (sewaktu buat medical check up) nanti. Harap dah menjawab soalan awak ye? :) If anything, feel free to ask here.

      Delete
    2. Terima kasih untuk respond awk..dulu awak buat medical check up dekat klinik gov atau private?

      Delete
    3. Sama-sama. Dulu saya buat di klinik private, lebih cepat, cuma kosnya mahal.

      Delete
  2. Hye akk...saya tgh tunggu keputusan spm....mmg berminat sgt dgn course ni...senang tk utk dpt kerja dgn course ni? Risau jgkπŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara realitinya bidang medikal memang sedikit sukar untuk dapat kerja, hehe. Memang sukar sikit nak dapat kerja terutamanya di hospital, tapi kita boleh cuba di makmal-makmal swasta dan syarikat swasta yang memerlukan MLT jugak.

      Delete
    2. bukan bidang medical dapat permintaan yg tinggi untuk bekerja ke sekarang

      Delete
  3. assalamu'alaikum kak..untuk kos ni kan ,berapa A paling minimum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak...Akak tak ingat sangat dah lah awak. Cuba awak check di semakan kelayakan program uitm. Kalau ikut kawan batch akak dulu, tak silap akak minimum 5A tapi ikut jugak subjek apa.

      Delete
  4. share lah pengalaman waktu praktikal πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe in shaa Allah nanti saya free saya share ye. Sekarang ni memanng cari masa nak menulis entri baru ni. Thanks for supporting!!!

      Delete
  5. mmng course ni kna ambiq kimia dgn bio dri skolh mnengah ka klau pelajar sastera x pa ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak berapa pasti, tapi kalau mengikut syarat kelayakan minimumnya begitulah. Kalau awak minat course sains mcm ni tapi awak daripada jurusan sastera, mungkin awak boleh cuba survey course ni di beberapa kolej swasta atau separa swasta. Sekadar cadangan ye😊

      Delete
  6. Mmg fully in English ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembelajaran dalam dwi bahasa tapi kebanyakan waktunya dalam bahasa Inggeris.

      Delete
    2. Untuk exam ? And kalau presentation pon ye? Atau selalunya ikut lecturer

      Delete
    3. Exam dan presentation kedua-keduanya dalam bahasa Inggeris, tapi ada sesetengah lecturer yg agak fleksibel. Jadi, boleh campur bahasa Melayu sedikit. Awak tak perlu risau lah hal ni. Lama-lama awak akan terbiasa juga.

      Delete
  7. salam kak, nak tanya kalau sy ambik dip mlt boleh ke nanti sy sambung degree dlm bidang perubatan..sbb ada org ckp if ambik dip mlt still blh sambung medic tp pointer kena tinggi..so betul ke kak kalau sy ambik dip mlt and sambung degree medic sy blh jd doktor nanti?n satu lagi result spm diorg tgk jugak ke?

    ReplyDelete
  8. Nnt boleh update course baru. Ad tambahan subjek phlebotomy. Junior2 sekarang lg seronok sbb dpat belajar ambil darah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah memang dah ada ea? Seronoknyaaa... Saya tak berpeluang dulu. Hehe okie. Kalau awak tak keberatan, boleh awak share dengan saya senarai subjek terbaru?

      Delete
  9. Assalamualaikum akak.. Sye dpt tawaran utk coirse mlt ni.. Sbl start mmg kne buat ujian hepatitis smua tu ye? ?
    And btul ke klau rabun x ble ambik course ni? ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Iqlin. Ye, betul. Sebelum mendaftar kena buat semua ujian tu. Hehe, awak, akak pun rabun ni ha. Alhamdulillah dah graduate pun. Bagi akak boleh je orang rabun nak study course ni. Takde halangan pun. Tak tahulah kenapa dalam syarat tu tulis macam tu. Takpe, awak dah dapat offer untuk course ni kan? Maknanya oklah tu:)😁

      Delete
  10. assalamualaikum akak...Sye dpt tawaran utk course ni...utk course ni ade tak credit transfer mse amek degree nnti sbb course ni da jadi 6 semester so lme a sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awak. Maaf ye sebab lambat reply. Tahniah kerana berjaya menerima tawaran utk sambung study untuk course ni. Hehe. Setahu akak, berdasarkan kawan kawan satu batch akak masa diploma dulu yg kini further degree mlt di puncak alam, ya, mereka dapat pengecualian kredit kerana mereka lepasan diploma mlt. Jadi, course degree yg sepatutnya 4 tahun, menjadi 3 tahun sahaja untuk mereka. Harap dah menjawab soalan awak ye.

      Delete
  11. Assalaamualaykum kak,tersedia kah untuk pelajar international?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di UiTM mmg untuk pelajar bumiputera sahaja. Boleh akak tahu awak dari mana?

      Delete
  12. assalamualaikum kak course dip mlt ni ada temuduga ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awak. Setahu akak takde pun😁😁

      Delete
  13. Hi kak, sy pun nak plan ambil course ni tapi takut tk dpt angkat bio and chemistry sebab bukan science stream. Sy plan ambil kat swasta. Boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak. Itu terpulang pada awak, tapi bagi saya, awak boleh cuba apply di UA juga di samping apply di kolej swasta memandangkan subjek yg awak akan ambil pun lebih kurang sama. Cuma bezanya mungkin kelayakan untuk masuk itu berbeza dari segi syarat kelayakan minimum. Diharap ini menjawab persoalan awakπŸ˜„

      Delete
  14. Hai ! saya student MLT UiTM Bertam part 2, saya nak tanya akak, nanti nak sambung degree ape pilihan yang ade ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak! Setahu akak banyak bidang awak boleh sambung. Kalau ikutkan kawan satu batch akak dulu, ramai yg masuk degree mlt juga sebab dapat potong credit hours, tapi ada juga yg masuk course lain macam fisio, biotech, biomed dan ada juga yg masuk dentistry kalau tak silap akak. So bergantung juga pointer dan minat awak heheh😊

      Delete
  15. hai kak,saya berminat dengan course ni tapi saya nak tanya course ni ade subjek yang bnyak mengira ke maksud saya yg berkaitan dgn matematik???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak awak. Main focus course ni ialah biologi dan kimia, sedikit fizik, kira kira pun sikit je untuk tahap diploma.

      Delete
  16. Hai kak, nak tnya. Sy plan nak ambil course MLT ni kat swasta, sebab sy bukan budak aliran science tp ambik science general je. In akak opinion, boleh angkat tak dengan bio, kimia dan fizik ni..? πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum!! Saya nak tanya, saya sekarang diploma pengimejan perubatan sem 3 dekat uitm . Tapi saya boleh kata yang jiwa saya ni tak kene dengan course ni. Saya jenis yang takde skill bercakap sangat. Boleh ke kalau degree saya nak sambung course mlt ni di uitm juga? Lepastu saya nak tanya, ada ke kimia untuk course ni, kalau ada, banyak ke subject yang berkait dengan kimia?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM Bertam

  Assalamualaikum & salam sejahtera~ Nak beramah mesra ke? Huhu, tak payahlah kot rasanya. Kita go straight to the point je lah ek. Bertepatan dengan tajuk entri kali ni, ditambah pula dengan adik-adik lepasan SPM 2016 yang baru tahu result UPU, jadi Zaty nak citer serba sedikit lah kan tentang course ni. Kepada adik-adik yang bila tengok result UPU je tertera Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM tu, haa maknanya adik-adik akan belajar tempat yang sama ngan akak,which is,   UiTM Kampus Bertam. Bukan Batam ok, Bertam. Batam kat Indonesia tu kau jangan pergi sana pulak. Bertam ni kat Pulau Pinang. Hewhew. Best tau UiTM Bertam ni, walaupun pada awalnya korang mungkin akan rasa yang kampus ni macam krik krik. Huhu. Definisi teknologi makmal perubatan tu korang boleh cari sendiri lah ek. Encik Google kan ada. Kat sini,   akak nak citer subjek apa yang korang akan belajar, suasana kampus dan kolej kediaman, kemudahan, tahap kesukaran course ni dan pengala

MINGGU DESTINI SISWA (MDS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya~~~ Pertama sekali, kepada sesiapa jua yang membaca entri terbaru ni, marilah kita bersama-sama panjatkan doa agar Malaysia dan seluruh dunia dapat kembali pulih dan bebas daripada wabak CoViD-19 ini secepat mungkin. Aaamiiin~~~ Terima kasih buat adik-adik lepasan SPM yang sudi singgah di blog ini. Zaty harapkan agar melalui penulisan Zaty di sini serba sedikit dapat membantu awak semua mendapatkan maklumat yang dicari. Sebagai makluman, setiap apa yang Zaty tulis adalah berdasarkan pengalaman, bacaan serta carian maklumat yang Zaty peroleh sewaktu ingin memohon jurusan ini. Jadi Zaty harap tidaklah awak semua menerima sepenuhnya maklumat di sini. Sebaliknya, bandingkan info di sini (jika ada info, hahah) dengan info-info di blog lain juga ye? Walau bagaimanapun, jika ada sebarang persoalan berkaitan jurusan ini, awak semua boleh direct message Zaty di instagram Ezzaty Elyeany Yasin ye? No need to follow, just DM . In shaa Allah Za