Skip to main content

Kenapa Budak Mikroskop?

Kenapa Budak Mikroskop?

Hem, sebenarnya idea tu datang tiba-tiba je. Huhu. Sejak belajar course ni, mikroskop memang jadi sahabat baik kami, bakal-bakal MLT. Hampir semua subjek memerlukan kami untuk menggunakan mikroskop. 

Jujurlah ek, kat sekolah menengah Zaty dulu, memang takde mikroskop ni, seingat Zaty la. Jadi, apabila (cewah skema)  melangkah ke alam universiti, lagi lagi amik course MLT ni, nak tak nak memang kena mahir guna mikroskop. Sebenarnya, tak susah pun nak guna, cuma masa semester 1 dulu, memang blur la kan kalau suruh guna mikroskop. Maklumlah, tak pernah guna, Jadi jakun sikit mungkin. Haha.

Alhamdulillah, sekarang dah mahir tapi tak la 'expert' lagi kan. Kadang-kadang tu tak yakin jugak dengan apa yang di'observe'nya tu. Huhu. Saje la kan nak bagitau, seronok kalau dapat guna mikroskop set-set baru ni. Canggih wooo, tapi ada gak lab yang memaksa kitaorang ni guna mikroskop yang dah berbelas atau mungkin berpuluh tahun umurnya.

Dari situlah terhasilnya nama Budak Mikroskop untuk blog ni. Yeay~~~sebab ada orang cakap, jadikan kelemahan tu sebagai penguat diri kita untuk memajukan diri. Hem, tak berapa nampak kaitannya, tapi pandai pandailah ek. 

Ok lah, nak gerak dulu. Bye. Assalamualaikum.



Comments

Popular posts from this blog

Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM Bertam

  Assalamualaikum & salam sejahtera~ Nak beramah mesra ke? Huhu, tak payahlah kot rasanya. Kita go straight to the point je lah ek. Bertepatan dengan tajuk entri kali ni, ditambah pula dengan adik-adik lepasan SPM 2016 yang baru tahu result UPU, jadi Zaty nak citer serba sedikit lah kan tentang course ni. Kepada adik-adik yang bila tengok result UPU je tertera Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM tu, haa maknanya adik-adik akan belajar tempat yang sama ngan akak,which is,   UiTM Kampus Bertam. Bukan Batam ok, Bertam. Batam kat Indonesia tu kau jangan pergi sana pulak. Bertam ni kat Pulau Pinang. Hewhew. Best tau UiTM Bertam ni, walaupun pada awalnya korang mungkin akan rasa yang kampus ni macam krik krik. Huhu. Definisi teknologi makmal perubatan tu korang boleh cari sendiri lah ek. Encik Google kan ada. Kat sini,   akak nak citer subjek apa yang korang akan belajar, suasana kampus dan kolej kediaman, kemudahan, tahap kesukaran course ni dan pengala

Diploma Teknologi Makmal Perubatan (part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat awak, awak dan awak yang sudi singgah blog ni. Oklah, pertama sekali Zaty nak minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog ni, hehe. Jadi, untuk entri kali ni Zaty nak share mengenai subjek-subjek yang awak semua akan belajar dalam diploma ni. Sebelum tu Zaty nak bagitahu ni, course Diploma Teknologi Makmal Perubatan yang ditawarkan di UiTM Bertam ni ada 5 semester. Ada ura-ura bahawa course ni akan dijadikan untuk 6 sem (tapi tak pasti akan kesahihannya). Jadi, sehingga batch Zaty dan Kohai kami, memang masih menggunakan system 5 semester. Oklah, back to the point , subjek untuk setiap semester adalah seperti berikut:- SEMESTER 1/PART 1 No. Code Subject 1. ANP105 Anatomy and Physiology 2. CSI101 Medical Laboratory Technology Principles and Practices I 3. CSI102 Histology Techniques 4. CTU101 Prinsip-prinsip Asas Islam 5

MINGGU DESTINI SISWA (MDS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya~~~ Pertama sekali, kepada sesiapa jua yang membaca entri terbaru ni, marilah kita bersama-sama panjatkan doa agar Malaysia dan seluruh dunia dapat kembali pulih dan bebas daripada wabak CoViD-19 ini secepat mungkin. Aaamiiin~~~ Terima kasih buat adik-adik lepasan SPM yang sudi singgah di blog ini. Zaty harapkan agar melalui penulisan Zaty di sini serba sedikit dapat membantu awak semua mendapatkan maklumat yang dicari. Sebagai makluman, setiap apa yang Zaty tulis adalah berdasarkan pengalaman, bacaan serta carian maklumat yang Zaty peroleh sewaktu ingin memohon jurusan ini. Jadi Zaty harap tidaklah awak semua menerima sepenuhnya maklumat di sini. Sebaliknya, bandingkan info di sini (jika ada info, hahah) dengan info-info di blog lain juga ye? Walau bagaimanapun, jika ada sebarang persoalan berkaitan jurusan ini, awak semua boleh direct message Zaty di instagram Ezzaty Elyeany Yasin ye? No need to follow, just DM . In shaa Allah Za